SEKAPUR SIRIH
GURU BESAR

 

 

Ali.gif (40290 bytes)

bsmil~1.gif (14679 bytes)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat meneruskan tugas bagi sesi 1998 ini dengan semangat dan azam
yang lebih berbanding tahun yang lalu.

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
"Bersatu teguh bercerai roboh"

Peribahasa tersebut perlu dihayati makna yang tersirat dan diusahakan pencapaian matlamatnya.

Semua pihak perlu menggembeling tenaga, usaha dan fikiran untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kita hendaklah sedar dan peka akan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan kepada kita.

Sebagai guru, kita perlu menunjukkan contoh-contoh yang baik dalam semua hal. Kegagalan kita dalam menunjukkan contoh yang baik akan menyebabkan murid-murid malah masyarakat juga boleh mengukur kelemahan kita.

Jika kita dapat bertugas dengan cekap dan jujur serta ikhlas Insyaallah kita akan mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Saya berharap tuan/puan sama berganding bahu demi mencapai matlamat dan objektif sekolah kita.

Semoga Allah memberkati segala usaha kita. Amin.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

............................................

Ali bin Sarmin
Guru Besar,
Sek. Keb . Seri Beroleh, Batu Pahat.

 

 

Ucapan Sejarah Piagam Objektif
Falsafah Maklumat Guru Maklumat Murid UPSR
Pelan Kokurikulum Sukan PSS

                         back