SEJARAH RINGKAS
SEK.KEB.SERI BEROLEH,
BATU 3,JALAN KLUANG,PT.HJ.SIDEK,
83000 BATU PAHAT,JOHOR.

JAWATANKUASA PENAJA: 1950

PENASIHAT : i. Tuan Abd.Majid bin Abd.Kadir (Penghulu Mk 1V Batu Pahat)                          ii. Tuan Haji Ashaari, (Naib Kampung Panchor,Batu Pahat.)
                       iii. Tuan Suari bin Hj.Mokmin (Naib Kampung Beroleh,B. Pahat.)
                       iv. Tuan Maskam bin Abd.Rashid (Naib Kg Pt.Besar,Batu Pahat.)
YANG DIPERTUA :           Tuan Md.Zahid bin Hj.Musa

NAIB YANG DIPERTUA : Tuan Hj.Mahfudz bin Hj.Salleh.
                                            (Merangkap Bendahari)

SETIAUSAHA :                   Tuan Hj.Ahmad bin Hj.Md.Raji

PEN.SETIAUSAHA:           Tuan Mahmud bin Hj.Noor

PEMERIKSA KIRA KIRA : Tuan Khamsan bin Hj.Ali
                                            Tuan Nasir bin Hj.Dahlan.

AHLI JAWATANKUASA : Encik Mon bin Ansor
                                           Encik Talha bin Hj.Saleh
                                           Encik Ab.Hamid bin Hj.Ashari
                                           Tuan Hj.Nor bin Ab.Razak
                                           Encik Hasbi bin Hj.Dahlan
                                           Encik Morni bin Hj.Said
                                           Encik Sardam bin Hj.Mokti
                                           Encik Kamsom bin Hj.Ali
                                           Encik Bahrom bin Hj.Nor
                                           EncikYusof bin Maskam

TANAH TAPAK SEKOLAH:

Tanah tapak sekolah seluas satu setengah ekar(11/2) telah diwakafkan oleh Tuan Hj.Ahmad bin Hj.Tahir.

BANGUNAN:

  1. Sebuah bangunan sebesar 60 x 24 kaki persegi berlantai simen,berdinding papan dan beratapkan atap nipah telah dapat di dirikan dengan perbelanjaan sebanyakRM2300.00(wang dari sumbangan orang ramai).Pada 4.4.1951 banguna sekolah yang dibuat oleh orang kampung ini telah selamat dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat En.Md.Seth bin Md.Said.

  2. Pada tahun 1954 bangunan 2 bilik darjah yang ada itu telah disambung 2 bilik darjah lagi dengan bantuan kerajaan sebanyak RM1400.00.

  3. Pada tahun 1963 sebuah bangunan kekal mengandungi 3 bilik darjah dan bilik pejabat telah didirikan dibelakang bangunan lama termasuk kantin.Pada 22.4.1964 bangunan yang baru itu telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj.Hasan bin Hj.Yunos Menteri Besar Johor.

  4. Pada tahun1970 kerajaan telah mendirikan satu lagi bangunan kekal 2 tingkat mengandungi 4 bilik darjah,pejabat Guru Besar ,Bilik Guru,4 bilik air dan setor.Dengan adanya bangunan ini bangunan lama yang dibuat oleh orang kampung telah dirobohkan.

  5. Bagi menampung pertambahan murid yang kian meningkat pada tahun 1980 satu lagi bangunan kekal mengandungi 2 bilik darjah ,1 buah bilik perpustakaan dan 4 bilik air dan tandas telah disiapkan pada bulan Julai 1981

NAMA SEKOLAH:

  • Nama asal: Sekolah Melayu Seri Beroleh(sempena nama kampung)
  • Tahun 1958: Sekolah Umum Seri Beroleh (arahan Kerajaan)
  • Tahun 1961: Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh(arahan Kerajaan)

MURID / PENDUDUK:

Murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang datang dari kampung-kampung:-

I. Kampung Beroleh

ii. Kampung Parit Besar

iii. Kampung Solok Wan Moh.

Penduduk kampung di atas terdiri daripada:

40% - Pekerja Kilang

15% - Kakitangan Kerajaan

15% - Penoreh Getah

15% - Petani

5% - Buruh

PADANG

Bersaingan dengan membuat bangunan baru pada tahun 1980 yang lalu kawasan padang dan sekeliling sekolah yang ada telah ditambak dengan tanah merah.Tahun 1982 adalah merupakan tahun permulaan murid-murid sekolah ini menggunakan padang baru. .Sebelum itu murid-murid bermain bola sepak menumpang disekolah lain.

PAGAR

Kawasan sekolah ini yang pada masa ini luasnya 6e.3r.1.6p telah siap dipagar sekelilng.Pemagaran dibuat bersaingan dengan membuat bangunan baru tahun 1980-1981.

LENCANA SEKOLAH

logo.gif (9019 bytes)

  • Lambang sekolah telah dicipta sejak tahun 1980 dan murid-murid sekolah ini telah dimestikan memakai lencana berbentuk lambang sekolah itu.ILMU,AMAL IMAN adalah Moto yang ada didalam lencana sekolah.

LAGU SEKOLAH

"Ilmu Amal Iman"

Majulah sekolah kita
Seri Beroleh namanya
Ilmu Amal dan Iman
Jadi lambang dan cogankata
Marilah kita bersama
Bercita-cita mulia
Bersatu padu berusaha
Berakhlak tinggi dan mulia

Marilah kawan semua
Berganding bahu bersama
Membaca, menulis, mengira hingga jaya
Berilmu, beramal, beriman
Hiaskan di dalam dada
Itulah menjadi harapan,
Ibu bapa, bangsa dan negara

 

 

PERTAMBAHAN
MURID DAN GURU

TAHUN

BIL.MURID

BIL.GURU

BIL. KELAS

CATATAN

1951

103

2

2

 

1956

217

7

6

 

1961

134

9

8

 

1966

168

12

11

 

1971

305

13

12

 

1976

349

14

11

 

1981

355

18

12

 

1986

400

19

12

 

1991

465

22

12

 

1994

511

24

13

 

1995

547

25

14

 

1996

566

27

16

 

1997

594

28

17

 

1998

617

31+2

16

2 guru cuti belajar sepatuh gaji.

 

NAMA GURU BESAR

BIL NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT
1. En.Ab.Karim bin Md. Diah 04.04.1951 hingga 21.08.1969
2. Hj.Sidon bin Hj.Ahmad 22.08.1969 hingga 01.11.1978
3. En.Muslim bin Hj.Dimin 02.12.1978 hingga 22.11.1979
4. Hj.Sarif bin Sumadi 01.01.1980 hingga 30.11.1981
5. En.Basar bin Hamdan 01.12.1981 hingga 31.12.1982
6. Hj.Zainal bin Jamsari 01.01.1983 hingga 31.12.1986
7. Hj.Maseran bin Omar 01.01.1987 hingga 16.11.1987
8. Hj.Jaafar bin Bahrom 16.11.1987 hingga 15.05.1989
9. En.Atan bin Long 01.06.1989 hingga 04.11.1992
10. Hj.Abd.Ghani bin Mohd.Dom 01.12.1992 hingga 15.05.1994
11. Hj.Zulkifli bin Ismail 16.06.1994 hingga 24.07.1996
12 Hjh. Jamaliah bte Ahmad 01.01.1997 hingga 30.06.1997
13 Encik Ali b Sarmin 01.07.1997 hingga sekarang

     

Ucapan Sejarah Piagam Objektif
Falsafah Maklumat Guru Maklumat Murid UPSR
Pelan Kokurikulum Sukan PSS

       back