FALSAFAH SEKOLAH

 

Bahawasanya murid-murid yang ada di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan ini seluas-luas peluang akan diberi kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan inteleknya.

Bahawa kami kaum pendidik sekolah ini mempunyai keyakinan, keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhlas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memajukan pelajaran.

Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga mengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan serta memberi sumbangan yang positif kepada nusa, bangsa dan agama.

 

                       

Ucapan Sejarah Piagam Objektif
Falsafah Maklumat Guru Maklumat Murid UPSR
Pelan Kokurikulum Sukan PSS

                        back